Moto :
Menjadikan SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab Cemerlang di Negeri Sarawak
Visi :
Menyediakan pendidikan yang menyeluruh selaras dengan addin melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan murid yang cemerlang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif :
Melahirkan insan yang berkualiti yang mempunyai daya ketahanan tinggi, berbudaya saing dan berakhlak mulia
Mencapai kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah serta bidang-bidang lain sebagaimana yang terkandung dalam buku program kecemerlangan SMKA, Japim, KPM
Mencapai keputusan 100% dalam prestasi akademik PMR, SPM, STPM
Meningkatkan prestasi aktiviti kokurikulum berkualiti
Mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang kondusif bagi menjamin suasana P & P yang selesa, kreatif, proaktif.
Falsafah Sekolah :
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar berilmu pengetahuan, seimbang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.
Matlamat :
Mendidik pelajar dengan keperibadian IslamMemperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara
Description
SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB (SHOAW)
Sekolah ini dimulakan pada tahun 1976 yang ketika itu menumpang di Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Kuching No. 2 di Bintawa. Pada peringkat ini, hanya aliran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diwujudkan. Pada Januari 3, 1977, sekolah ini telah dipindakan ke tapaknya yang tersendiri di Batu 14 Jalan Matang, Kuching. Pada waktu tersebut, nama sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Matang. Setahun kemudian, iaitu pada tarikh 29 Mei 1978, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kerajaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.
Proses untuk memulakan pengajian aliran agama bermula sebelum nama sekolah ini ditukar daripada SMK Matang kepada SMK Sheikh Haji Othman. Pada waktu itu, iaitu pada tahun 1977, selepas mendiami tapak kekalnya, dua buah kelas aliran agama tingkatan satu telah dibuka secara rasmi oleh Yang berhormat Tuan haji Salleh Jafarudin, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Pembukaan kelas aliran agam telah membolehkan sekolah ini mewujudkan tiga aliran iaitu aliran Bahasa Melayu, aliran Bahasa Inggeris dan aliran agama.
Bersesuaian dengan penubuhan kelas agama tersebut, nam sekolah telah ditukar kepada SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pembukaan rasmi tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar kerana buat pertama kalinya negeri Sarawak mendapat sebuah sekolah aliran agama. Kewujudan sekolah ini, pada waktu tersebut, memberi kesempatan penduduk seluruh Sarawak menghantar anak-anak mereka mendalami pengajian agama islam. Pembukaan tersebut membuka lembaran baru kerana SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan memberi laluan kepada penubhan lebih banyak sekolah agama di Sarawak dan sekaligus meningkatkan proses penyebaran agama islam di Sarawak.
NamaSheikh Haji Othman dipilih sebagai penghormatan kerana beliau menjadi ulama Sarawak yang berketrampilan. Beliau bukan sahaja mendapat pendidikan asas di Masjidil Haram, Makkah, seterusnya menjadi tenaga pengajar di masjid tersebut; penghargaan yang bukan kecil bagi seorang melayu dari rantau Asia Tenggara. Peranan beliau juga adalah begitu besar dalam tranformasi sosial di alam melayu apabila mampu melahirkan ramai tokoh ulama terkenal seperti Dr. Abdul Karim Amrullah (Buya HAMKA) dan Abdullah Fahim (Datuk kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi).
Pertambahan kelas aliran agama semakin nyata pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1979, enam buah kelas tingkatan satu diadakan. Pelajar-pelajar aliran agama ini telah menduduki peperiksaan SRP pada tahun 1979 dan SPM pada tahun 1981. pada tahun 1987 kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah mengikuti pelajaran mereka ke peringkat universiti dan telah menampakkan hasilnya pada tahun 1987.
Pada peringkat awalnya, kemudahan asas di sekolah ini amat berkurangan. Kemudahan asas seperti air dan letrik tidak dibekalkan dan sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan asrama lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Semua pelajar ketika itu diberi biasiswa tempatan dan buku teks secara percuma, malah bayaran untuk makanan dan yuran sekolah juga tidak dikenakan.